Showing posts with label trade emas gap. Show all posts
Showing posts with label trade emas gap. Show all posts

Friday, August 30, 2024

Belajar forex guna kaedah fibonacci EURUSD

 


Di atas ni graf EURUSD, timeframe 30 minit pada tarikh 29 Ogos 2024. Saya letakkan garisan fibonacci retracement pada graf tersebut, didapati harga bergerak dalam range yang kecil dan dua kali menyentuh paras 61.8% fibonacci retracment.

Saya ada buat short selling tapi tidak menyangka yang harga akan turun dengan banyak dengan kadar yang sangat cepat, seperti yang anda lihat pada graf di atas. Jadi, untunglah sikit-sikit, kalaulah saya tunggu di hadapan komputer masa tu, mungkin boleh kaut lebih banyak pips. 

Tapi itulah, rezeki dah ditentukan beberapa puluh pips sahaja. Maklumlah, saya cuma set profit pada kadar 30 pip selepas masuk pasaran, kemudian tinggalkan komputer untuk buat kerja-kerja rumah seperti mengemas dan urusakan anak.

Nanti, kalau ada setup yang cantik lagi pada masa akan datang, mungkin saya akan kongsikan awal-awal. Jangan lupa bookmark blog ini. Mungkin saya akan kembali aktif dalam blogging berkenaan currency exchange atau forex. Doakan semoga istiqomah.

Friday, November 11, 2022

Belajar forex mudah - trade dengan guna channel (harga emas hari ini)

 


Jika anda ada baca blogpost saya semalam, ada saya tunjuk jangkaan harga emas akan naik bila cecah garisan bawah bahagian channel. Nampaknya, betullah prediction tersebut. Jika belum baca, anda boleh baca jangkaan harga emas semalam di sini.

Dan sekarang, dalam graf di atas, anda lihat, harga emas sedang sentuh garisan atas channel pula kan.

Jadi, adakah harga emas ini akan turun? Sebab di situ ialah resistance level. Dan price berlegar-legar di sekitar resistance level tersebut. Agak lama tu, hampir seharian.

Hari ini dah jumaat, subuh pagi sabtu nanti pasaran dah tutup. 

Seeloknya, jika kita dah untung dengan entry semalam, boleh lah take profit dan rehat hujung minggu dengan keluarga. 

Mungkin minggu depan berlaku correction, market rest kejap begitulah agakan saya. We will see.