Friday, November 11, 2022

Belajar forex mudah - trade dengan guna channel (harga emas hari ini)

 


Jika anda ada baca blogpost saya semalam, ada saya tunjuk jangkaan harga emas akan naik bila cecah garisan bawah bahagian channel. Nampaknya, betullah prediction tersebut. Jika belum baca, anda boleh baca jangkaan harga emas semalam di sini.

Dan sekarang, dalam graf di atas, anda lihat, harga emas sedang sentuh garisan atas channel pula kan.

Jadi, adakah harga emas ini akan turun? Sebab di situ ialah resistance level. Dan price berlegar-legar di sekitar resistance level tersebut. Agak lama tu, hampir seharian.

Hari ini dah jumaat, subuh pagi sabtu nanti pasaran dah tutup. 

Seeloknya, jika kita dah untung dengan entry semalam, boleh lah take profit dan rehat hujung minggu dengan keluarga. 

Mungkin minggu depan berlaku correction, market rest kejap begitulah agakan saya. We will see.

No comments:

Post a Comment