Friday, November 11, 2022

Belajar forex mudah - Gold price 15 time frame uptrend channel

 


Okay guys, nampak tak pembentukan channel menaik dalam timeframe 15 minit harga emas ini? Kalau ikutkan pengalaman saya, sebaik harga sentuh garisan-garisan dalam channel ni, harga akan bounce.

Contohnya, kalau sentuh channel bawah, harga naik. Manakala kalau sentuh channel atas, harga akan turun. Bukanlah kata ia wajib jadi macam tu, tapi, kebanyakannya begitu. 

Kerana, garisan channel ini berfungsi sebagai point-point resistance level dan support level. Yang bahagian bawah ialah support level, atau juga dikenali sebagai support price.

Manakala yang bahagian atas pula, dikenali sebagai resistance level. 

Dua level ini digunakan oleh hampir semua trader, jadi pasal tu teknik ni agak popular bagi scalpers juga.

Bila ramai orang guna, chance nak jadi betul tu lebih tinggi.

Jadi, saya andaikan, dalam chart harga emas hari ini, bila graf harga emas tu bergerak menyentuh bahagian bawah channel, ia mungkin kembali naik. 

No comments:

Post a Comment