Sunday, September 1, 2024

Belajar forex guna kaedah channel EURUSD 30 Ogos 2024

 

Sebelum cuti merdeka baru ni, sempat lah saya teliti graf timeframe kecil-kecil bagi pair EURUSD. Saya perhatikan graf 15 minit dan 30 minit.

Plan asalnya nak scalping sahaja, sebab esoknya cuti merdeka, nak kena pergi kenduri-kendara dan balik kampung kejap. Sebab tu nak scalping. Saya buat short selling semasa harga bergerak dalam graf channel biru seperti yang anda boleh lihat dalam graf di atas.

Kalau kita besarkan lagi timeframe, memang boleh lihat dengan jelas yang harga duk dalam range itu sahaja sepanjang hari tersebut.

Jadi bila price nampak tak boleh nak go further high up, saya short. Nampak kan, yang range menaik tu terlalu kecil. Tunggu tunggu, dah tengah malam belum profit duk pip seketul dua sahaja. Saya pun dah mengantuk sangat, jadi saya pasang lah take profit padaa paras 161.8 fibonacci retracement level tu.

Dekat nak masuk tidur tu, paaamm, dia turun dengan jayanya. Alhamdulillah. Dapatlah untung sepuluh dua pip :) 

Jadi teknik apa yang saya guna dalam posisi ini? Teknik channel dan tak lupa juga, trendline pink kat dalam graf tersebut. Ok, jumpa lagi dalam post akan datang. Nak tengok harga emas sekejap, kalau nampak menarik, saya kongsikan di blog ini. Jangan lupa bookmark ya.

No comments:

Post a Comment