Monday, November 14, 2022

Harga emas hari ini - masih nak naik ke ni?

Minggu lepas, syok je rasa harga emas cantik bergerak dalam zig zag pattern dalam channel 1 jam. Zig zag pattern sebenarnya chart pattern yang senang nak buat untung.

Kerana, kita boleh predict dengan mudah bila nak buy dan bila nak take profit.

Contohnya, bila price sentuh lower channel, kita buy. Bila ia naik sentuh upper channel, kita keluar pasaran dan take profit. Sebaliknya pun begitu. Bila price sentuh upper channel, kita sell/short. Dan bila sentuh lower channel, kita close position.


Tapi, daripada indicator awesome oscillator ni, nampaknya, momentum naik tak cukup gagah dah. Kita tengok, jika valid divergence tu, dan price break lower channel, mungkin akan berlaku reversal. Nanti kita cari entrance cantik untuk masuk pasaran.

Belajar forex percuma - gbpusd break channel minggu lepas

 Dalam post minggu lepas, sebelum market tutup, ada saya kongsikan channel dalam graf GBPUSD time frame 15 minit. Boleh baca di sini.

Ni graf minggu lepas.

belajar forex percuma

Pagi Isnin semalam, saya terlepas masuk pasaran. Sibuk uruskan anak-anak yang tak mahu pergi sekolah. Sudahnya, seharian di rumah melayan dan bermain dengan budak. Hari ini, bila dorang dah pergi sekolah, barulah dapat buka metatrader untuk lihat pasaran. 

Ya, saya terlepas entry yang cun tapi tak mengapa. Ia akan datang lagi lepas ini.



Saturday, November 12, 2022

Belajar forex mudah - teknik channel dalam timeframe kecil GBPUSD

 


Hi guys. Weekend macam ni baru saya sempat nak lihat pair-pair lain dalam metatrader saya tu. Setup untuk pair lain ni pun sama juga macam setup saya dengan gold price, macam saya share dalam previous blogpost.

Tadi saya lihat, dalam time frame 15 minit di GBPUSD, ada kelihatan channel juga. Saya perhatikan, betul channel ni cantik. Anda pun boleh lihat kan, price bergerak comel je dalam channel tu. 

So, saya assume, bila pasaran di buka pada hari Isnin nanti, price masih bergerak dalam channel tu lagi. Dia turun, sentuh lower channel, pastu bounce naik. Begitulah sebaliknya.

Dia naik, naik pastu bila momentum dah berkurang, makin tight, pastu dia turun pulak. Masa tu saya akan perhatikan pembentukan divergence pula.

Jadi buat masa sekarang, selagi price duk dalam jajaran cantik dalam channel tu, kita layankan je lah. Boleh lah nak scalping dalam channel begini. Chance untuk dapatkan untung dalam trading akan lebih tinggi.